Tempoh Perjanjian
Tempoh perjanjian ini sah digunapakai dalam tempoh 1 tahun dari tarikh bayaran yuran diterima.
SYARAT- SYARAT ASAS
- Tidak terlibat dengan perbuatan jenayah, amalan atau perubatan yang bercanggah
dengan undang-undang negara. - Berakhlak mulia, tidak membuat atau menunjukkan perkataan atau tindakan yang boleh mencemarkan nama baik GDORA.
- VIP tidak dibenarkan menyertai/menjual/mengiklankan/mengedar produk jenamajenama lain untuk kategori/niche yang sama setelah mendaftar sebagai VIP
GDORA.
SYARAT- SYARAT KHAS AGENT JUALAN GDORA
- Pihak pengurusan akan menilai prestasi jualan VIP setiap bulan.
- KPI jualan minima bagi VIP adalah 20 gram barang kemas 916 setiap bulan.
- Sekiranya VIP tidak aktif dan tidak mencapai tahap yang ditetapkan selama 3
bulan berturut-turut, kami akan menamatkan status sebagai VIP
Aktif bermaksud, mesti membuat belian minima (20 gram) setiap bulan. - Seorang VIP yang tidak mencapai belian minima selama 3 bulan berturut-turut akan dinilai sebagai VIP yang tidak aktif.
PROMOSI DAN PEMASARAN
- Pihak pengurusan akan menilai prestasi jualan VIP setiap bulan.
- KPI jualan minima bagi VIP adalah 20 gram barang kemas 916 setiap bulan.
- Sekiranya VIP tidak aktif dan tidak mencapai tahap yang ditetapkan selama 3
bulan berturut-turut, kami akan menamatkan status sebagai VIP
Aktif bermaksud, mesti membuat belian minima (20 gram) setiap bulan. - Seorang VIP yang tidak mencapai belian minima selama 3 bulan berturut-turut akan dinilai sebagai VIP yang tidak aktif.
HARGA BELIAN
- Terdapat 2 kategori harga iaitu harga emas dan harga upah.
- Harga upah adalah tetap untuk semua agent. Harga upah untuk setiap agent bermula dari RM10 hingga RM20 bagi setiap gram. (Mengikut jenis)
- Harga emas 916 terbahagi kepada 2 kategori:
- Agent yang membuat pembelian secara konsisten 20 gram hingga 49 gram dan kebawah setiap bulan akan medapat diskaun sebanyak RM5 – RM10 untuk setiap gram. (dari harga website)
- Agent yang membuat pembelian secara konsisten sebanyak 50 gram dan ke atas selama 3 bulan berturut-turut akan mendapat diskaun sebanyak RM10 – RM15 untuk setiap gram (dari harga website)
- Agent yang tidak membuat pembelian secara konsisten dan tidak mencapai minimima yang ditetapkan selama 3 bulan berturut-turut akan mendapat harga belian sama seperti harga website Gdora. www.gdora.my
HARGA JUALAN
- Harga jualan setiap charm boleh dirujuk di website www.gdora.my/current-price.
KAWALAN HARGA (HARGA JUALAN dan HARGA BELIAN)
- Pihak pengurusan GDORA akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh
agent. - Jualan Harga wajib mematuhi tatacara daripada pihak pengurusan GDORA iaitu
dengan konsep HARGA JUALAN TIDAK DIBENARKAN LEBIH RENDAH/MURAH daripada ketetapan
pihak pengurusan GDORA. Ia boleh dijual lebih tinggi sekiranya agent mempunyai kos-kos tambahan. - Pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status AGENT serta merta sekiranya ia melanggari syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Keuntungan bagi setiap VIP adalah dalam lingkungan RM5/g hingga RM10/g DARI HARGA JUALAN di www.gdora.my
DISIPLIN DAN SALAH LAKU
- Semua AGENT adalah diingatkan supaya menjual Produk GDORA mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan.AGENT dilarang sama sekali menjual produk GDORA kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.
- Semua AGENT tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan GDORA dengan jenama lain. (yang mempunyai sama genre)
- Semua AGENT diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan atau menjatuhkan imej produk GDORA
- Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak pengurusan GDORA
berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status AGENT tersebut tanpa
sebarang notis.
YURAN
- Yuran pendaftaran sebanyak RM4000 dikenakan. RM500(yuran pendaftaran / kit permulaan) + RM 3500 (BARANG BARANG KEMAS GDORA)
- Agent diberi masa sebulan untuk terus membuat belian sebanyak RM3500 di ‘available items’ www.emasland.my (tidak boleh pre-order) Barang kemas yang perlu dibeli adalah seperti :
- Bangle atau bracelet GDORA
- Charm
- Cincin
- Jika anda tidak menghabiskan pembelian ready-stock dalam masa 1 bulan pihak HQ akan secara automatik memberikan anda semua jenis barang kemas dalam nilai RM3500 pada 30 hari selepas pendaftaran.
*RM3500 AKAN DITOLAK TERUS PADA INVOICE YANG PERTAMA*
KIT PERMULAAN
- Akses untuk melayari website www.emasland.my
- Penimbang emas (berskala kecil)
- Set pengukur cincin.
- 20 bekas barang kemas ( bekas cincin,bangle,beg kertas dan sebagainya )
FAEDAH MENJADI AGENT
- Diskaun RM5 ke RM15/gram dari harga jualan.
- Dapat membuat pre-order tanpa sebarang deposit dikenakan dengan MOQ yang sangat minimum.(tertakluk kepada terma dan syarat)
- Keluaran baru barang kemas setiap bulan. (2-4 jenis sebulan)
TEMPOH KONTRAK
- Tempoh kontrak hanyalah 1 tahun.
- Kesemua terma dan syarat yang dipersetujui hanya sah pakai selama setahun.
- Pihak pengurusan GDORA berhak melakukan pindaan sekiranya perlu.
CARA MEMBUAT BELIAN
- Pembelian ready stock :
- Boleh dibuat melalui website www.emasland.my
- Boleh dibuat melalui Group Facebook Rakan Niaga (Private)
- Pembelian melaui pesanan awal (pre-order):
- Dibuat melalalui website www.emasland.my
BAYARAN INVOIS/BIL.
- AGENT perlu melangsaikan pembayaran bil dalam tempoh 48 jam waktu bekerja selepas bil dikeluarkan.
- Sekiranya AGENT gagal berbuat demikian, pihak pengurusan GDORA akan:
- Mengenakan cas 5% dari jumlah invois selepas tempoh 48 jam waktu bekerja.
- Surat amaran ke 2.
- Surat amaran 3 – Keahlian diberhentikan.
BILANGAN PEMBEKAL
AGENT dilarang mengambil barang kemas yang sama (charms) jenis dari pembekal yang berlainan. Terutamanya beads and charm.