Borang Pendaftaran VIP GDORA

Sila isikan borang ini dengan maklumat yang lengkap dan tepat dan sila pastikan gambar untuk diri anda se-eloknya menggunakan gambar passport atau gambar peribadi sendiri sahaja. Borang ini adalah bertujuan untuk proses pendaftaran VIP serta untuk kegunaan HQ. Selepas membuat pembayaran anda akan menerima notifikasi dari HQ. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Jika tidak tepat pihak HQ tidak dapat memproses sebarang aplikasi anda untuk keahlian VIP.Jika tidak menerima sebarang email atau salinan pendaftaran sila whatsapp / hubungi 01119936601.
  • Pendaftaran VIP GDORA

  • Pastikan anda memuatnaik hanya gambar anda sahaja dimana gambar perlulah memaparkan wajah anda sahaja.
  • Pastikan nama anda seperti yang tertera pada IC dan passport.
  • Media Sosial

  • Maklumat Waris

  • Bahagian Dokumen

  • Drop files here or
    • Drop files here or
      • SVVIP Pilihan

      • Pilih SVVIP yang anda senang berurusan serta pastikan anda telah mengenali SVVIP terlebih dahulu.
      • Terma Dan Syarat

      • PERJANJIAN WAKIL JUALAN (VIP) GDORA MALAYSIA

        1.TEMPOH PERJANJIAN

        A. Tempoh perjanjian ini sah digunapakai dalam tempoh 1 tahun dari tarikh bayaran yuran diterima.

        2.SYARAT- SYARAT ASAS

        a. Tidak terlibat dengan perbuatan jenayah, amalan atau perubatan yang bercanggah dengan undang-undang negara.

        b. Berakhlak mulia, tidak membuat atau menunjukkan perkataan atau tindakan yang boleh mencemarkan nama baik GDORA.

        c. VIP tidak dibenarkan menyertai/menjual/mengiklankan/mengedar produk jenama- jenama lain untuk kategori/niche yang sama setelah mendaftar sebagai VIP GDORA.

        3.SYARAT- SYARAT KHAS VIP

        a. Pihak pengurusan akan menilai prestasi jualan VIP setiap bulan serta memberikan ganjaran sekiranya layak.

        b. KPI jualan minima bagi VIP adalah 20 gram barang kemas 916 setiap bulan.

        c. Sekiranya VIP tidak aktif dan tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh pihak pengurusan GDORA, kami akan menamatkan status sebagai VIP

        d. Aktif bermaksud, mesti membuat belian minima (20 gram) setiap bulan. Seorang VIP yang tidak mencapai belian minima selama 3 bulan berturut-turut akan dinilai sebagai VIP yang tidak aktif.

        4.PROMOSI DAN PEMASARAN

        a. VIP bebas untuk mempromosi produk GDORA dengan pelbagai cara yang dirasakan selesa samada online atau offline.

        b. VIP dibenarkan untuk menggunakan gambar yang boleh didapati dari website/fanpage rasmi GDORA.

        c. Medium jualan atau pengiklanan yang menggunakan GDORA sebagai profile tidak dibenarkan membuat jualan/mempromosikan produk dari jenama lain.

        d. VIP tidak dibenarkan mengambil bahan-bahan marketing daripada pengedar lain tanpa izin

        e. Tidak dibenarkan mempromosikan/menerbitkan bahan-bahan/kaedah/amalan rawatan yang bercanggah dengan syariah.

        5.KAWALAN HARGA

        a. Pihak pengurusan GDORA akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh SVVIP, VVIP dan VIP

        b. Jualan Harga wajib mematuhi arahan daripada pihak pengurusan GDORA iaitu dengan konsep HARGA JUALAN TIDAK DIBENARKAN LEBIH RENDAH/MURAH daripada ketetapan pihak pengurusan GDORA. Ia boleh dijual lebih tinggi sekiranya VIP mempunyai kos-kos tambahan namun tidak disyorkan.

        c. Pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status VIP serta merta sekiranya ia melanggari syarat-syarat yang telah ditetapkan.

        d. Keuntungan bagi setiap VIP adalah dalam lingkungan RM5/g hingga RM10/g DARI HARGA JUALAN di www.gdora.my

        6.DISIPLIN DAN SALAH LAKU

        a. Semua VIP adalah diingatkan supaya menjual Produk GDORA mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan.

        b. SVVIP / VVVIP / VIP dilarang sama sekali menjual produk GDORA kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

        c. Semua SVVIP / VVIP / VIP tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan GDORA dengan jenama lain.

        d. Semua SVVIP / VVIP / VIP diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk GDORA

        e. Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak pengurusan GDORA berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status SVVIP / VVIP / VIP tersebut tanpa sebarang notis.

        7.YURAN

        a. Yuran pendaftaran sebanyak RM500 dikenakan + RM 3500 (BARANG BARANG GDORA)

        b. VIP diberi masa seminggu untuk terus membuat beli minima 20 gram di ‘available items’ www.emasland.my. Barang kemas yang perlu dibeli adalah seperti :

        i. Bangle atau bracelet GDORA

        ii. Charm

        iii. Cincin

        *RM3500 AKAN DITOLAK TERUS PADA INVOICE YANG PERTAMA*

        8.KIT PERMULAAN

        a. Penimbang emas (berskala kecil)

        b. Set pengukur cincin.

        c. 20 bekas barang kemas ( bekas cincin,bangle,beg kertas dan sebagainya )

        9.FAEDAH MENJADI VIP

        a. Diskaun RM5 ke RM10/gram dari harga jualan.

        b. Dapat membuat pre-order tanpa sebarang deposit dikenakan dengan MOQ yang sangat minimum.(tertakluk kepada terma dan syarat)

        c. Keluaran baru barang kemas setiap bulan. (2-4 jenis sebulan)

        10.TEMPOH KONTRAK

        a. Tempoh kontrak hanyalah 1 tahun.

        b. Kesemua terma dan syarat yang dipersetujui hanya sah pakai selama setahun.

        c. Pihak pengurusan GDORA berhak melakukan pindaan sekiranya perlu.

        11.Super VVIP

        a. VIP akan didaftarkan dibawah Super VVIP yang ditetapkan oleh pihak pengurusan GDORA.

        b. Walaubagaimanapun, sekiranya VIP mempunyai pilihan SVVIP sendiri, VIP boleh memberitahu pihak pengurusan GDORA semasa pendaftaran.

        c. VIP boleh memilih untuk menukar SVVIP dalam tempoh 20 hari (waktu bekerja) dari tarikh pendaftaran.

        12.PENGURUSAN KUMPULAN

        a. Kesemua tempahan VIP akan dilakukan melalui website www.emasland.my

        b. ‘SVVIP’ bertanggungjawab dalam mengajar VIP:

        i. Ilmu pengetahuan tentang emas.

        ii. SOP seperti bagaimana untuk lakukan pesanan, bagaimana tentukan harga, bagaimana cara pembayaran dll yang tidak dinyatakan.

        iii. Etika jualan kepada pelanggan.

        iv. Dan apa-apa jua ilmu yang dirasakan dapat membantu sub VIP menjadi peniaga emas yang berjaya.

        c. Sekiranya ‘SVVIP’ gagal dalam mengajar VIP, boleh lah membuat aduan terus kepada pihak pengurusan GDORA.

        d. Syarikat memberi tempoh 3 bulan untuk ‘SVVIP’ mengajar VIP. Oleh yang demikian dalam 3 bulan yang pertama, VIP diberi kelonggaran sekiranya tidak mencapai MOQ. Walaubagaimanapun bulan 4 dan ke atas, VIP perlu mengikut MOQ yang ditentukan.

        e. Pendaftaran VIP baru akan diselesaikan 1 minggu dari tarikh mengisi borang di website.

        13.BAYARAN INVOIS/BIL.

        a. VIP perlu melangsaikan pembayaran bil dalam tempoh 48 jam waktu bekerja selepas bil dikeluarkan.

        b. Sekiranya VIP gagal berbuat demikian, pihak pengurusan GDORA akan:

        i. Cas 5% dari total bill selepas tempoh 48 jam waktu bekerja.

        ii. Surat amaran ke 2.

        iii. Surat amaran 3 – Keahlian diberhentikan.

        14.BILANGAN PEMBEKAL

        a. Tidak boleh mengambil barang kemas yang sama jenis dari pembekal yang berlainan. Terutamanya beads and charm

        b. Tiada maksimum pembekal yang ditentukan.

        c. Walaubagaimanapun VIP bertanggungjawab untuk menerangkan kepada pelanggan dengan jelas, diantara Barang Kemas GDORA dan pembekal yang lain.

        d. VIP yang baru perlu memberitahu kepada pihak pengurusan GDORA, tentang maklumat yang sedia ada.

      • Bayaran Keahlian

      • Price: RM 500.00
      • Price: RM 3,500.00
        Untuk modal permulaan pertama
      • RM 0.00