Borang Pendaftaran VIP GDORA

Sila isikan borang ini dengan maklumat yang lengkap dan tepat dan sila pastikan gambar untuk diri anda se-eloknya menggunakan gambar passport atau gambar peribadi sendiri sahaja. Borang ini adalah bertujuan untuk proses pendaftaran VIP serta untuk kegunaan HQ. Selepas membuat pembayaran anda akan menerima notifikasi dari HQ. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Jika tidak tepat pihak HQ tidak dapat memproses sebarang aplikasi anda untuk keahlian VIP. Jika tidak menerima sebarang email atau salinan pendaftaran sila whatsapp / hubungi 01119936601.

  • Pendaftaran VIP GDORA

  • Accepted file types: jpg, jpeg, png, gif.
    Pastikan anda memuatnaik hanya gambar anda sahaja dimana gambar perlulah memaparkan wajah anda sahaja.
  • Pastikan nama anda seperti yang tertera pada IC dan passport.
  • Media Sosial

  • Maklumat Waris

  • Bahagian Dokumen

  • Drop files here or
    Max. file size: 5 MB, Max. files: 2.
    • Drop files here or
      Max. file size: 5 MB, Max. files: 2.
      • Terma Dan Syarat

      • PERJANJIAN WAKIL JUALAN VIP GDORA MALAYSIA

        1. TEMPOH PERJANJIAN

        a. a.Tempoh perjanjian ini sah digunapakai dalam tempoh 1 tahun dari tarikh bayaran yuran diterima.

        2. SYARAT-SYARAT ASAS

        a. Tidak terlibat dengan perbuatan jenayah, amalan atau perubatan yang bercanggah dengan undang-undang negara.

        b. Berakhlak mulia, tidak membuat atau menunjukkan perkataan atau tindakan yang boleh mencemarkan nama baik GDORA.

        c. VIP tidak dibenarkan menyertai/menjual/mengiklankan/mengedar produk jenama- jenama lain untuk kategori/niche yang sama setelah mendaftar sebagai VIP GDORA

        3. SYARAT-SYARAT KHAS VIP

        a. Pihak pengurusan akan menilai prestasi jualan VIP setiap bulan serta memberikan ganjaran sekiranya layak.

        b. KPI jualan minima bagi VIP adalah 20 gram barang kemas 916 setiap bulan.

        c. Sekiranya VIP tidak aktif dan tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh pihak pengurusan GDORA, kami akan menamatkan status sebagai VIP

        d. Aktif bermaksud, mesti membuat belian minima (20 gram) setiap bulan. Seorang VIP yang tidak mencapai belian minima selama 3 bulan berturut-turut akan dinilai sebagai VIP yang tidak aktif.

        4. PROMOSI DAN PEMASARAN

        a. VIP bebas untuk mempromosi produk GDORA dengan pelbagai cara yang dirasakan selesa samada online atau offline.

        b. VIP dibenarkan untuk menggunakan gambar yang boleh didapati dari website/fanpage rasmi GDORA.

        c. Medium jualan atau pengiklanan yang menggunakan GDORA sebagai profile tidak dibenarkan membuat jualan/mempromosikan produk dari jenama lain.

        d. VIP tidak dibenarkan mengambil bahan-bahan marketing daripada pengedar lain tanpa izin

        e. Tidak dibenarkan mempromosikan/menerbitkan bahan-bahan/kaedah/amalan rawatan yang bercanggah dengan syariah.

        5. KAWALAN HARGA

        a. Pihak pengurusan GDORA akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh VIP.

        b. Jualan Harga wajib mematuhi arahan daripada pihak pengurusan GDORA iaitu dengan konsep HARGA JUALAN TIDAK DIBENARKAN LEBIH RENDAH/MURAH daripada ketetapan pihak pengurusan GDORA. Ia boleh dijual lebih tinggi sekiranya VIP mempunyai kos-kos tambahan namun tidak disyorkan.

        c. Pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status VIP serta merta sekiranya ia melanggari syarat-syarat yang telah ditetapkan.

        d. Keuntungan bagi setiap VIP adalah dalam lingkungan RM5/g hingga RM10/g DARI HARGA JUALAN

        6. DISIPLIN DAN SALAH LAKU

        a. Semua VIP adalah diingatkan supaya menjual Produk GDORA mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan.

        b. VIP dilarang sama sekali menjual produk GDORA kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

        c. Semua VIP tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan GDORA dengan jenama lain.

        d. Semua VIP diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk GDORA

        e. Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak pengurusan GDORA berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status VIP tersebut tanpa sebarang notis.

        7. YURAN

        a. Yuran pendaftaran sebanyak RM500 dikenakan + RM 3500 (BARANG BARANG GDORA)

        b. VIP diberi masa seminggu untuk terus membuat beli minima 20 gram di ‘available items’ www.emasland.my. Barang kemas yang perlu dibeli adalah seperti :

        1 -Bangle atau bracelet GDORA

        2 -Charm

        3 -Cincin

        *RM3500 AKAN DITOLAK TERUS PADA INVOICE YANG PERTAMA*

        8. KIT PERMULAAN

        a. Penimbang emas (berskala kecil)

        b. Set pengukur cincin

        c. 20 bekas barang kemas ( bekas cincin,bangle,beg kertas dsb )

        9. FAEDAH MENJADI VIP

        a. Diskaun RM5 ke RM10/gram dari harga jualan.

        b. Dapat membuat pre-order tanpa sebarang deposit dikenakan dengan MOQ yang sangat minimum.(tertakluk kepada terma dan syarat)

        c.Keluaran baru barang kemas setiap bulan. (2-4 jenis sebulan

        Agent
        Price (916)
        Contoh Harga Jualan
        RM164.30 (X)
        X + RM5
        Workmanship Price (Assume RM13) 13
        Total (RM192.80) 182.3

        10. TEMPOH KONTRAK

        a. Tempoh kontrak hanyalah 1 tahun.

        b. Kesemua terma dan syarat yang dipersetujui hanya sah pakai selama setahun.

        c. Pihak pengurusan GDORA berhak melakukan pindaan sekiranya perlu.

        11. HARGA JUALAN YANG DISARANKAN

        a. Harga jualan harian boleh dirujuk melalui website syarikat www.gdora.my/price

        b. Dilarang sama sekali menjual harga yang lebih rendah dari harga yang ditetapkan.

        c. Contoh pengiraan harga:

        1 -Kos upah adalah berlainan mengikut jenis barang kemas.

        2 -Keuntungan kasar dianggarkan RM5 ke RM10 bagi setiap gram

        12. BAYARAN INVOIS/BIL

        a. VIP perlu melangsaikan pembayaran bil dalam tempoh 48 jam waktu bekerja selepas bil dikeluarkan

        b. Sekiranya VIP gagal berbuat demikian, pihak pengurusan GDORA akan:

        1 -Cas 5% dari total bill selepas tempoh 48 jam waktu bekerja

        2 -Surat amaran ke 2

        2 -Surat amaran 3 – Keahlian diberhentikan.

        13. BILANGAN PEMBEKAL

        a. Tidak boleh mengambil barang kemas yang sama jenis dari pembekal yang berlainan. Terutamanya beads and charm

        b. Tiada maksimum pembekal yang ditentukan.

        c. Walaubagaimanapun VIP bertanggungjawab untuk menerangkan kepada pelanggan dengan jelas, diantara Barang Kemas GDORA dan pembekal yang lain.

        d. VIP yang baru perlu memberitahu kepada pihak pengurusan GDORA, tentang maklumat yang sedia ada.

        14. KEMPEN PEMASARAN

        a. VIP perlu mengikut kempen pemasaran semasa yang disediakan oleh pihak pengurusan GDORA . Sebagai contoh sekiranya syarikat membuat promosi Hari Raya, VIP perlu menyebarkan promosi tersebut kepada pelanggan.

        15. KOMUNIKASI

        a. Sebagai wakil GDORA, VIP perlu menjaga tutur kata bersama pelanggan.Elakkan sindir-menyindir atau pun berbahasa kasar kepada pelanggan.

        b. Sebolehnya sentiasa amalkan etika secara professional hubungan pembeli dan penjual.

        c. Dilarang sama-sekali berkongsi rahsia pihak pengurusan GDORA seperti strategi pemasaran atau jualan, R&D produk baru, pelan jangka panjang GDORA dan apa-apa perkara yang boleh dirasakan mengancam keadaan pihak pengurusan GDORA sekiranya pihak pesaing mendapat tahu.

        d. Dilarang memburukkan nama GDORA kepada pihak luar secara langsung ataupun tidak langsung.

        16. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN APABILA MENJADI VIP.

        Sila e-mailkan kepada geliga.gold@gmail.com dokumen berikut:

        a. Kad pengenalan atau pun SSM (3 helai)

        b. Nama Bank dan nombor akaun yang menunjukkan nama tuan/puan.

        c. Resit bayaran yuran pendaftaran. Yuran pendaftaran boleh dibayar melalui form ini

      • Bayaran Keahlian

      • Untuk modal permulaan pertama
      • RM 0.00