Description
Bukit Uhud atau Gunung Uhud (Arab: جبل أحد) ialah sebuah bukit yang terletak di utara kota Madinah, Arab Saudi dengan ketinggian 1077 meter. Batuan Uhud lazimnya terdiri daripada granit merah.[1]
Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 H / Mac 625 M. Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, ‘menewaskan’ orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk.
Reviews
There are no reviews yet.